Jiemaa laa

My photo
normal human that cannot pretend CHUNN . if i act like that , it's not me or i'm drunk :)

23 December 2016

Bulan's

Januari 2016 kak ina dapat pindah ke pasir gudang .hamm . itu adalah waktu sedih aku sbb aku kehilangan seorg pendgr dan rakan baik di tempat kerja  . bulan yang sama bulan dapat masuk kelas inklusif . hilang lagi geng . hanya tuhan je yang tahu bertapa aku murung dan stress bekerja dengan suasana kerja yang aku masih belum bole adapt .

yang membuatkan aku kuat ialah , setiap kali rehat aku akan jaga budak main bola dkt padang . setiap kali rehat , bulan akan lepak sama2 dkt tepi tu teman aku . ye laa dia paham kot aku sangat2 sedih that time aku tkde geng . 

Bole dikatakan setiap hari Jumaat kitorg akan klua sama2 . dia la tukang layan aku nk ke sana ke mari . masa tu tgh femes roller blade . aku punya nk main g la cari sampai ke skudai parade


tak tau pulak yang dia takut nak main bende ni . sbb aku ajak dia kata dia nak tngok aku main je . aku ni pulak jenis mana nak main sndiri . ajak punya ajak dia main juga :)

kali kedua main roller blade malam dkt taman merdeka . that time dgn tapai . si syafiq tu pandai main roller  blade kalau nak dibandingkan dgn aku . hahaha . bulan la tukang pimpin aku dari hujung sampai hujung sbb nak main kan . tapi bulan tak main . end up aku main berdua je dgn syafiq ,

lepak makan dkt mamak . tunggu makanan sikit punya lamaa . huhhu . dah balek lewat malam tuu .

saya yang selalu menjadi bayangan awk , menemani dikala awk memerlukan teman dan hilang pabila cahaya terang benderang .

i always want to be your princess :')


Setiap hari yang berlalu , akan terciptanya lagi seuah kenangan . dari kita klua saja2 baik kita buat sesuatu yang bermanfaat . sebab ini merupakan proses pembelajaran yang pertama setelah beberapa tahun meninggalka sistem pembelajaran aliran perdana . serius susah tapi kne la ade effort utk berjaya.  support tu penting walaupun sekeliling kita ni menghalang dan menolak .

aku hanya boleh tolong ajar apa yang aku tahu . sistem pembelajaran sekarang berbeza tak macam zaman aku tapi aku tk la karat sangat . setakat sikit2 tu masih apply apa yang tahu dan pernah tahu . 
BM , Math , BI, Sejarah dan Agama tu bole lagi la nk tolong . Sains sikit2 sbb aku aliran sains tulen . nnt kalau aku taram sampai orang tak paham . eventhough member sndiri pun bole suruh aku stop berdebat bile aku dah kluarkan fakta sains . hahaha.


first time nk belajar memang la susa sebab kita takde basic , jenis aku memang dah biasa buat bende2 yang extreme . pecahkan otak nak nak time STPM . menangis stay up hari2 nk buat math T . padahala menghafal je pun . setiap apa yang aku paham takkan sama dengan apa yang aku patut buat . senang kata kau paham apa yang aku tak patut paham la . naseb baik birstatistic masa degree dapat A . disebabkan kesusahan STPM aku mendapat kesenangan masa amek degree . 

 I miss my student life :')


Dari math ke agama ke bm ke sejarah . sume pernah mencuba . kalau tak dapat belajar secara berdepan , kitorg akan on call . semangat bile nak exam je laa . time2 lain , mmg tak le nk bukak buku . aku tak akan berjaya belajar selama satu jam sahaja . tapi dia berjaya . tapi berjaya masuk dekat kepala tu aku tak pasti sbb bukan aku yang jawab paper tu . aku pernah tngok 1 je paper dia . paper agama , ok laa . bole jawab tapi kalau aku yang jawab boleh A . in sha Allah :p 


hey hey kidal .. hahahha
time ni dia kne paksa buat sinopsis novel . seriously , novel dyorg tak best . huhhu . "diantara dinara" tak segempak "melunas rindu" . hahaha . padahal dua2 novel tu tk best . huhhu .

nak tarik orang untuk minat belajar bukan mudah , tapi nk mula belajar tidak susah . orang selalu pesan , " takkan kau nk berjaya sorg2? takkn nk buat baik sorg2?" . keep that words . 

nak berjaya ? buat orang lain bahagia . baik dengan orang . yang penting keberkatan dari ibubapa . tak lupa tawakal dgn Allah .

 and the rest is history .....

Iman

     Dari Azman ke Iman ke Bulan . Kenapa bulan ? hahahaa . emoji je tu yang sampai melekat jadi bulan . Seronok layan dia pada mulanya . Orangnya ceria , agak baran tapi kau akan mengenali dia yang sebenar kalau betul2 pandai masuk dalam hidup dia . perintgatan , jangan terlalu rapat . dia bole jadi sangat penyayang dan sangat moody . Apa membuatkan aku tertarik untuk berkawan dengan dia ? hmm , entah la . dia mmg pandai memujuk . dia muda . sangat muda . pada mulanya dia menyatakan dia suka aku , aku mana bole terima . beb , kne sedar diri tauu . beza kitorg jauh . tapi , lama2 perasaan sayang tu datang . hahaha . sayang sbb tknk dia hanyut , nk tngok dia berjaya . tapi aku silap , lama2 aku mula sayang dia lebih dari itu . cara dia yang membuatkan aku ke cara aku concern , caring and cara aku layan dia buat aku sayang dia .

aku memang tak happy kerja dekat Senai bile sorg2 yang aku rapat pergi tinggalkan aku . ye laa , dulu aku tak ngam dgn certain cikgu yang tak bole nk ngam dgn aku . hmm . orang tak suka , takkan kita nak puja . aku rapat dgn Bulan . dia buat aku gembira . kire macam peneman duka lara laa . 

mula masuk skola tu memang la tak pernah nk bercakap dengan dia . muka paisey kot . seram nak tegur . lagi laa aku ni background dari girl school . tak pandai sangat nak tackle  budak lelaki. jarang la jumpe dia ni sebab atlet kan , bz dgn bola je . dia abis je bola baru la dapat berbual dgn dia . eh eh budak ni banyak cakap . cakap memang tk berhenti ..

bile dah cuba masuk dgn dia , ok , bole laa rapat dgn budak ni . start add dkt wechat and facebook . jadi lagi rapat time raya . bole laa nak kacau2 dkt wechat adn start bebual dkt fb . punca nya sebab merajuk dengan mak . alaa , perempuan kan memang laa mudah merajuk . then dia yang muncul . dia pujuk , tp mmg dengan cara yang berbeza . tak de kene mengena dengan topik yang aku merajuk tapi aku rasa terpujuk .

gurauan yang dia sampaikan masih lagi terngiang di telinga "kak ima tunggu aku laa lagi 5 tahun". hahaha . layan kan je ye laa sebab aku ng dyorg bukan nye jauh sangat beza umur . mmg deal tkkn kawen pun sampai laa aku habis belajar . haih . bile la dapat sambung belajar .

raya 2015

dari fb tu banyak laa dah berkongsi rahsia dengan dia . ye laa tk ngam dgn orang dewasakan . cari laa yang belia remaja . tidak semua orang akan paham kita . tapi yang paham kita adalah jiwa2 yang memberontak jugak laa . aku kan muda belia lagi . hahhaa . 

lukisan hasil curi dari wechat kak nurul masa pegi terapi kuda

gamba raya 2015

dua lukisan ni adalah hadiah dari aku untuk dia pada 29 Oktober 2015 . hahaha . tak la seberapa tapi usaha tu ada . aku ni memang suka buat bende yang orang tk suka buat or tak reti buat , almaklum laa tak berapa nak kaya , so suka bagi bende yang aku nak orang hargai . konon sweet la sbb bagi hasil tangan sendiri . tapi pada tarikh 29 oktober tu ada lawatan ke Singapore . tapi aku tak pergi sebab ade interview SPA . disebabkn tk pergi lawatan tu aku terpaksa bohong sunat menyatakan aku saked teruk and tak dapat nk join lawatan . yang tau penipuan ini hanya lah kak ina dan azman . hahhaa  . kak ina bole menang award laa , dia punya klentong the best . hahahha . mungkin tk de rezeki utk jawatan tu . so aku kerja laa lagi dkt sini . 
dyorg balik dari singapore malam . konon nak sambut bday dia tapi aku tk join laa . tk klua malam sangat . so aku buat plan tu sndiri . ade rezekilebih masa bulan 10 tu . aku mmg dah standby tiket and duet utk belanja domino pizza . aku mintak tlg hazry belikan . masa malam annual dinner dkt skola tu aku terus jumpe hazry dan bagi sume tu . suruh la dia belikan apa2 utk sambut bday bulan .

30 oktober 2015 , kire macam first date laa klua ngn dia tapi dia bawak imai . tak kesah la . tk kemana pun cume g tngok movie dkt jusco then jenjalan dkt kilang bateri . tu je . alamak lupa pula movie apa . tp aku suka sbb animation movies .

kali kedua klua  cari murtabak cheese dkt cenderawasih . sbb craving an . ajak je la dia . dia bawak pikie skali . 

sushi date 

ok , ni date ke3 . pegi sushi king masa bonanza. dia tk pernah makan tapi aku yang ajar dia makan . alhamdulillah dia bole telan and dia tak pandai mkn pakai chopstick . jadi , suao lah si dia dgn kasih sayang . ahaks . kali ni klua cuaca baik tak hujan . klua dua kali siap bawak member dia mesti hujan lebat . sepanjang dalam perjalanan dia memang tk bersuara . aku jadi pelik sbb dia tk bercakap . kalau tak kan dia mcm bertih jagung . hahahah . dia malu laa tu .

makin lama makin rapat . hahahhaha . 29 oktober tu la tarikh dia ckp "I LOVE YOU"  dkt aku .tapi aku menafikan . ye laa , jauh kan gap kiteorg . lagipun aku anggap sume tu memain . 
tahun tu kire tahun pertama yang dia tak pernah ponteng sekolah . so , hari2 aku maken ceria laa . bole kata setiap malam dia akan chat aku melalui fb .
suka je main gusti tangan dan kebiasaan nya dia akan kalah . aku tau dia sengaja kalah laa tu kot . satu lagi suka main lawan mata and itu memang kau champion . dia pernah terkeluar ayat "tak le la. aku cair" . 
mana datang nama iman tu ? dari nama dia laa . aku suruh dia amek bola tu , that time dia tgh fokus buat sesuatu then dia jawab "ye nnt iman amek la" , mungkin dia nak cakap
 " ye ima , nnt man amek la"  .

stop it for now . itu la perjalanan aku mengenali dia pada tahun 2015.....


to be continued .......