Jiemaa laa

My photo
normal human that cannot pretend CHUNN . if i act like that , it's not me or i'm drunk :)

23 December 2016

Bulan's

Januari 2016 kak ina dapat pindah ke pasir gudang .hamm . itu adalah waktu sedih aku sbb aku kehilangan seorg pendgr dan rakan baik di tempat kerja  . bulan yang sama bulan dapat masuk kelas inklusif . hilang lagi geng . hanya tuhan je yang tahu bertapa aku murung dan stress bekerja dengan suasana kerja yang aku masih belum bole adapt .

yang membuatkan aku kuat ialah , setiap kali rehat aku akan jaga budak main bola dkt padang . setiap kali rehat , bulan akan lepak sama2 dkt tepi tu teman aku . ye laa dia paham kot aku sangat2 sedih that time aku tkde geng . 

Bole dikatakan setiap hari Jumaat kitorg akan klua sama2 . dia la tukang layan aku nk ke sana ke mari . masa tu tgh femes roller blade . aku punya nk main g la cari sampai ke skudai parade


tak tau pulak yang dia takut nak main bende ni . sbb aku ajak dia kata dia nak tngok aku main je . aku ni pulak jenis mana nak main sndiri . ajak punya ajak dia main juga :)

kali kedua main roller blade malam dkt taman merdeka . that time dgn tapai . si syafiq tu pandai main roller  blade kalau nak dibandingkan dgn aku . hahaha . bulan la tukang pimpin aku dari hujung sampai hujung sbb nak main kan . tapi bulan tak main . end up aku main berdua je dgn syafiq ,

lepak makan dkt mamak . tunggu makanan sikit punya lamaa . huhhu . dah balek lewat malam tuu .

saya yang selalu menjadi bayangan awk , menemani dikala awk memerlukan teman dan hilang pabila cahaya terang benderang .

i always want to be your princess :')


Setiap hari yang berlalu , akan terciptanya lagi seuah kenangan . dari kita klua saja2 baik kita buat sesuatu yang bermanfaat . sebab ini merupakan proses pembelajaran yang pertama setelah beberapa tahun meninggalka sistem pembelajaran aliran perdana . serius susah tapi kne la ade effort utk berjaya.  support tu penting walaupun sekeliling kita ni menghalang dan menolak .

aku hanya boleh tolong ajar apa yang aku tahu . sistem pembelajaran sekarang berbeza tak macam zaman aku tapi aku tk la karat sangat . setakat sikit2 tu masih apply apa yang tahu dan pernah tahu . 
BM , Math , BI, Sejarah dan Agama tu bole lagi la nk tolong . Sains sikit2 sbb aku aliran sains tulen . nnt kalau aku taram sampai orang tak paham . eventhough member sndiri pun bole suruh aku stop berdebat bile aku dah kluarkan fakta sains . hahaha.


first time nk belajar memang la susa sebab kita takde basic , jenis aku memang dah biasa buat bende2 yang extreme . pecahkan otak nak nak time STPM . menangis stay up hari2 nk buat math T . padahala menghafal je pun . setiap apa yang aku paham takkan sama dengan apa yang aku patut buat . senang kata kau paham apa yang aku tak patut paham la . naseb baik birstatistic masa degree dapat A . disebabkan kesusahan STPM aku mendapat kesenangan masa amek degree . 

 I miss my student life :')


Dari math ke agama ke bm ke sejarah . sume pernah mencuba . kalau tak dapat belajar secara berdepan , kitorg akan on call . semangat bile nak exam je laa . time2 lain , mmg tak le nk bukak buku . aku tak akan berjaya belajar selama satu jam sahaja . tapi dia berjaya . tapi berjaya masuk dekat kepala tu aku tak pasti sbb bukan aku yang jawab paper tu . aku pernah tngok 1 je paper dia . paper agama , ok laa . bole jawab tapi kalau aku yang jawab boleh A . in sha Allah :p 


hey hey kidal .. hahahha
time ni dia kne paksa buat sinopsis novel . seriously , novel dyorg tak best . huhhu . "diantara dinara" tak segempak "melunas rindu" . hahaha . padahal dua2 novel tu tk best . huhhu .

nak tarik orang untuk minat belajar bukan mudah , tapi nk mula belajar tidak susah . orang selalu pesan , " takkan kau nk berjaya sorg2? takkn nk buat baik sorg2?" . keep that words . 

nak berjaya ? buat orang lain bahagia . baik dengan orang . yang penting keberkatan dari ibubapa . tak lupa tawakal dgn Allah .

 and the rest is history .....

Iman

     Dari Azman ke Iman ke Bulan . Kenapa bulan ? hahahaa . emoji je tu yang sampai melekat jadi bulan . Seronok layan dia pada mulanya . Orangnya ceria , agak baran tapi kau akan mengenali dia yang sebenar kalau betul2 pandai masuk dalam hidup dia . perintgatan , jangan terlalu rapat . dia bole jadi sangat penyayang dan sangat moody . Apa membuatkan aku tertarik untuk berkawan dengan dia ? hmm , entah la . dia mmg pandai memujuk . dia muda . sangat muda . pada mulanya dia menyatakan dia suka aku , aku mana bole terima . beb , kne sedar diri tauu . beza kitorg jauh . tapi , lama2 perasaan sayang tu datang . hahaha . sayang sbb tknk dia hanyut , nk tngok dia berjaya . tapi aku silap , lama2 aku mula sayang dia lebih dari itu . cara dia yang membuatkan aku ke cara aku concern , caring and cara aku layan dia buat aku sayang dia .

aku memang tak happy kerja dekat Senai bile sorg2 yang aku rapat pergi tinggalkan aku . ye laa , dulu aku tak ngam dgn certain cikgu yang tak bole nk ngam dgn aku . hmm . orang tak suka , takkan kita nak puja . aku rapat dgn Bulan . dia buat aku gembira . kire macam peneman duka lara laa . 

mula masuk skola tu memang la tak pernah nk bercakap dengan dia . muka paisey kot . seram nak tegur . lagi laa aku ni background dari girl school . tak pandai sangat nak tackle  budak lelaki. jarang la jumpe dia ni sebab atlet kan , bz dgn bola je . dia abis je bola baru la dapat berbual dgn dia . eh eh budak ni banyak cakap . cakap memang tk berhenti ..

bile dah cuba masuk dgn dia , ok , bole laa rapat dgn budak ni . start add dkt wechat and facebook . jadi lagi rapat time raya . bole laa nak kacau2 dkt wechat adn start bebual dkt fb . punca nya sebab merajuk dengan mak . alaa , perempuan kan memang laa mudah merajuk . then dia yang muncul . dia pujuk , tp mmg dengan cara yang berbeza . tak de kene mengena dengan topik yang aku merajuk tapi aku rasa terpujuk .

gurauan yang dia sampaikan masih lagi terngiang di telinga "kak ima tunggu aku laa lagi 5 tahun". hahaha . layan kan je ye laa sebab aku ng dyorg bukan nye jauh sangat beza umur . mmg deal tkkn kawen pun sampai laa aku habis belajar . haih . bile la dapat sambung belajar .

raya 2015

dari fb tu banyak laa dah berkongsi rahsia dengan dia . ye laa tk ngam dgn orang dewasakan . cari laa yang belia remaja . tidak semua orang akan paham kita . tapi yang paham kita adalah jiwa2 yang memberontak jugak laa . aku kan muda belia lagi . hahhaa . 

lukisan hasil curi dari wechat kak nurul masa pegi terapi kuda

gamba raya 2015

dua lukisan ni adalah hadiah dari aku untuk dia pada 29 Oktober 2015 . hahaha . tak la seberapa tapi usaha tu ada . aku ni memang suka buat bende yang orang tk suka buat or tak reti buat , almaklum laa tak berapa nak kaya , so suka bagi bende yang aku nak orang hargai . konon sweet la sbb bagi hasil tangan sendiri . tapi pada tarikh 29 oktober tu ada lawatan ke Singapore . tapi aku tak pergi sebab ade interview SPA . disebabkn tk pergi lawatan tu aku terpaksa bohong sunat menyatakan aku saked teruk and tak dapat nk join lawatan . yang tau penipuan ini hanya lah kak ina dan azman . hahhaa  . kak ina bole menang award laa , dia punya klentong the best . hahahha . mungkin tk de rezeki utk jawatan tu . so aku kerja laa lagi dkt sini . 
dyorg balik dari singapore malam . konon nak sambut bday dia tapi aku tk join laa . tk klua malam sangat . so aku buat plan tu sndiri . ade rezekilebih masa bulan 10 tu . aku mmg dah standby tiket and duet utk belanja domino pizza . aku mintak tlg hazry belikan . masa malam annual dinner dkt skola tu aku terus jumpe hazry dan bagi sume tu . suruh la dia belikan apa2 utk sambut bday bulan .

30 oktober 2015 , kire macam first date laa klua ngn dia tapi dia bawak imai . tak kesah la . tk kemana pun cume g tngok movie dkt jusco then jenjalan dkt kilang bateri . tu je . alamak lupa pula movie apa . tp aku suka sbb animation movies .

kali kedua klua  cari murtabak cheese dkt cenderawasih . sbb craving an . ajak je la dia . dia bawak pikie skali . 

sushi date 

ok , ni date ke3 . pegi sushi king masa bonanza. dia tk pernah makan tapi aku yang ajar dia makan . alhamdulillah dia bole telan and dia tak pandai mkn pakai chopstick . jadi , suao lah si dia dgn kasih sayang . ahaks . kali ni klua cuaca baik tak hujan . klua dua kali siap bawak member dia mesti hujan lebat . sepanjang dalam perjalanan dia memang tk bersuara . aku jadi pelik sbb dia tk bercakap . kalau tak kan dia mcm bertih jagung . hahahah . dia malu laa tu .

makin lama makin rapat . hahahhaha . 29 oktober tu la tarikh dia ckp "I LOVE YOU"  dkt aku .tapi aku menafikan . ye laa , jauh kan gap kiteorg . lagipun aku anggap sume tu memain . 
tahun tu kire tahun pertama yang dia tak pernah ponteng sekolah . so , hari2 aku maken ceria laa . bole kata setiap malam dia akan chat aku melalui fb .
suka je main gusti tangan dan kebiasaan nya dia akan kalah . aku tau dia sengaja kalah laa tu kot . satu lagi suka main lawan mata and itu memang kau champion . dia pernah terkeluar ayat "tak le la. aku cair" . 
mana datang nama iman tu ? dari nama dia laa . aku suruh dia amek bola tu , that time dia tgh fokus buat sesuatu then dia jawab "ye nnt iman amek la" , mungkin dia nak cakap
 " ye ima , nnt man amek la"  .

stop it for now . itu la perjalanan aku mengenali dia pada tahun 2015.....


to be continued .......

21 November 2016

love is hurt

you will never know when you need to hold or you need to let go . 
love is hurting when you loving too much . it's hurting but you really need to endure it .
 hold as long as you could and you should. he is the only smile that you need to face everyday . he is the only one can comfort you even there will be more dark than the bright side . i can't let him go . 



if you take me as granted , just do . as long as you happy with you life . i just want you to be happy as much as you can . you need to escape from your past that make you life become dark . you have to be strong and endure a the goodness of life .

because you are my sunshine and you always did . 
#flashlight
#moon

13 September 2016

1st Posting

assalamualaikum pembuka bicara ..

30 April 2015
 tarikh aku lapor diri sebagai Pembantu Pengurusan Murid di Sk Presint 5, Putrajaya . tipula kalau aku kata aku tak sedih sebab terpaksa melepaskan cita-cita untuk mengenggam segulung ijazah pada tahun 2017 . Tapi perancangan Allah itu lebih menarik . Dalam kepala ni pikir teruslah dapat kerja dekat Putrajaya , so aku still bole hangout dengan member2 UNISEL.

tanggapan meleset . aku still posting dkt Johor . di mana ? masih tak tahu sbb kne lapor diri di Jabatan Pendidikan Negeri .

4 Mei 2015
lapor diri di JPN Johor . dengar segala taklimat and so on sampailah tengahhari . ade dua taklimat
1. PPM Pra sekolah
2. PPM Pendidikan khas

sejujurnya aku tak tau sangat pasal jawatan yang ditawarkan ni . sbb aku pernah jumpa PPM pra sekolah je . dalam kepala ni dan set , ouh , dapat main dengan budak2 lagi mcm kerja dekat tadika dulu . memang kekal muda dan kurang stress la kalau kerja dengan budak2.

masa pengagihan tempat bekerja , dengar je nama dipanggil siap sebut nama sekolah lagi .. aku terpingga sekejap

"Nur Hazimah Binti Abd Ghani , SMK Senai"

ok . sekolah menengah . ye anak2 . pendidikan khas . apa aku nk buat ?

apa lagi kena la lapor diri ke sana petang tu jugak .



02 May 2014

Just don't :')



the things that i'm hate the most is the sweet words . i'm not the one that are can easily make a decision about my own feeling . 
yeah i don't .
 i'm not into a serious relationship because for me , keep your love , hope and sweet words for the special person that are really yours . 
A relationship that are legal on GOD eyes and get a bless from a parents . For me , the word "sayang" or love brings a deep meaning . 
Don't easily confess that words if you are not sure or just for fun because it can hurt other people heart . Our feeling or the jobs that are related to our heart is very complicated . because our heart is thinnnn . Just like a paper .
Once it torn , it's cannot be fix . yeah , our heart can be fix but it's take time .

"it's just that I don't want to be somebody's crush . 
If somebody likes me , I want them to like the real me , not what they think I am . 
And I don't want them to carry it around inside . 
I want them to show me , so I can feel it too ."


 Sometimes the ignorance and all the secretive personalities can hurt me . 
But all the cares , attention and honestly also can bleed inside . woo , big wounds . Maybe behind all of this is my mistake . sort of choosy ? nope . just don't wanna be hurt or hurting . But , in the end .. i'm being hurt . 



it's okey .
 Because i love u . ahakss . 
Line from divergent when Four unconsciously attempt to kill Triss  . Just don't try to step a back because i will step a back from both of you . Hey hey , from now you are my crush . hihhi .
 Give up on all this . Too tired to think . Just focus on what am i wan't to reach . 
About love?

 i do love myself and our friendship .
 Ignorance hurt me because i need an answer and attention from you . So i thinks that you are not serious . 
When someone having a serious talk with you , don't take it easy . because words are the thing that are uneasy to grab but it need to be wisely think of it . 
All those memory cannot be erased .
 It needs to be kept . Take it as a life lesson to be a big grown girl . i wont cry . huh . You had a big ego on your head babe . 
My own principle

 " don't easily let your tear fall down because it too expensive. Let it drop off for something that worth it " .

owh . i realise that we are good friend now and forever will be :)
Don't let the old memory become an obstacle between our friendship . There are no bad things between a good thing . 
Be positive .
Be bright . 
We are strong enough to face all the obstacle in the future .



Never give up on anybody . Miracles happen every day.

"I guess we are who we are for a lot of reasons. 
And maybe we'll never know most of them . 
But even it we don't have the power to choose where we come from , we can still choose where we go from there ."



p/s : Remember , i'm not hate you .


23 March 2014

Music and Dance Collaboration

well well well .. now , no more worrying about STPM result because all off it has end now . just waiting for my retake sem 3 result . hope it will be better then i can improve my marks well . it is not as easy as we though . uiii nk belajar tu pun mintak nyawa walaupun hnya lah 6 bulan . alhamdulillah because my result is beyond my expectation . tak perlulah nk pikir tunggu rombongan masuk meminang . mentality org kan , kalu perempuan tak lulus je tunggu org masuk meminang . abis kalau lelaki pulak mcm mne ? tunggu org pinang jugak ke ? haa , jwb jwb .

occay2 . forget about it . sekarang nyh tngh nk promote event yang paling dinanti oleh semua pemuda dan pemudi di sekitar johor bahru nyh ...


haa , MDC ler . MDC ni diadakan bagi mngumpul dana utk pasukan pancaragam SIGS . Nak cari duet bukannye sng . bape bnyk paperwork nk kne buat nyh . haa bak kate cikgu fatilla . "saya kan match maker" . hal ini demikian kerana , kat sini ramai yang jumpe pasangan mereka bagi yg single je ea . ulang suara "single sahaja" . yg dah already taken jgn mengatal . hahha . ramai org akan terlibat . kire kita dpt lah mnjalinkan silaturahim antara satu sama lain . tambah kenalan ape salah nye . tngok tiket dye je dah mcm konsert betul siap kne koyak2 bagai . zaman aku dulu takde la buat segrand nyh . tapi setiap tahun event nyh mestilah di upgrade . jadi banyak la aktiviti yg disediakan . tngok masa laa dari pkol 9 pagi sampai 5 ptg beb . takkn la just melepek dlm dewan je kot . kebas punggung nnt . tp jaminan kepuasan tu inshaallah ade . kalau puas hati sila senyum kalau tak .. sila lah bg komen2 yg mmberangsangkan supaya MDC dpt di perbaharui mngikut standart yg diingini pada masa akan dtg . ape lagi . mari lah bersama-sama mnyokong usaha band girls SIGS utk mnjayakan majlis dan mngumpul dana :)

 so , grab your tickets now .
saya sudah . anda bile lagi ? hihhi

14 December 2013

throwback :')

planning utk ke kedah telah lama aku rancang .. dari tahun lepas lagi aku dah plan nak gi Kedah. tapi cume tak berkesempatan je . tapi tahun ni nekad nak pergi jugak . 
Alhamdulillah . aku berjaya jugak menjejakkn kaki ke kedah .
 dimana ? Kulim . buat ape? jumpe family angkat aku yang dah lama tak jumpe . last jumpe ibu tahun 2005 .. kalau famly dy yg laen lagi lah lame ..
cerita bagaimana akubermula diasuh oleh ibu ialah ........
masa aku baru lahir mak tak tau nk letak aku kat mne . sbb mak kije . sbb org yg asuh abg ngn kakak2 aku tak leyh jaga aku dah . jadi mak buat keputusan utk tumpangkan kat uma ibu yg dulunya ialah jiran aku . 
mula2 ibu tolak . ibu baru operation . so , ayah tak kasi ibu buat kije2 berat . ye la , jaga baby kan susah . mak mcm merayu lah . sehari je . so , ibu pun tlg lah jaga .. balik je kije , mak amek aku utk bwk balek . then ibu ckp " biar je lah budak nyh kat sini . mcm dah syg lah pulak " . heeee . nampak tak , aku nyh budak baik . sbb tu org cpt syg . hahha :D
sejak dari tu , aku diasuh oleh ibu .. selalu lh maen ngn ayah dan kak nana . sbb dulu kak awin ngn abg mie dah masuk U . jadi , susah nk jumpe . Ibu garang .dulu aku takberani nak pegang2 brg kat rumah dy . ye lah takot pech ke ape ke kan . masa umur aku 3 atau 4 tahun . ibu sekeluarga pindah . jadi aku hanya menghubungi mereka melalui telephone je . setiap Khamis mlm Jumaat mesti call . tapi bekesempatan utk ckp ngn ayah sbb ayah selalu kije malam . hmm . so sad .

 last jumpe ayah masa darjah satu . Last dgr suara kak nana masa raya tahun 2001 . masih terngiang-ngiang lagi ayat perbualan aku ngn kak nana .. topik nya lauk raya .. kalau kak nana turun jb mase cuti sem dia akan balek uma aku . request dy sng je , "cik syah , nana nak sambal tumis . nak bwk balek matrik" . mmg packing lah mak aku msk utk kak nana . 

Allah lebih menyayangi mereka . tahun 2002 , kak nana start saked . jadi ibu asyik ulang alik jb utk jge kak nana . ayah tinggal sorg2 kt Kelantan . then , arwah ayah menghadap illahi . selepas itu diikuti oleh arwah kak nana . kak nana menghidapi canser perut . jadi pada tahun tu aku kehilangan dua org yg amat aku syg :'(
banyak kenangan manis ngn mereka semua . bile engat balek , kelaka .

sampai nya aku kat kulim hari ni pukul 6.50 pagi . tunggu kak win amek , dlm pkol 7 lebih sampai ruah sbb beli breakfast sume . dah mandi n breakfast sume , kitorg duk chit chat2 . haa  first time aku mkn pulut cecah sambal sotong dgn ikan kering . kat johor aku tk pernah mkn mcmtu . sbb tu cm jakun sikit . hehhe
aku bwk rempah yg bpk buat , kuih dagai ngn bahulu gulung as cenderamata dr johor . tetibe ibu mention teringin nak mkn soto . ye lah , soto kn jumpe kat johor . kat kedah jrg org msk . 
jadi kitorg pun g kedai g cari bhn nk mskkn utk ibu . dah siap msk . aku teringin nak msk sate goreng , so , ptg nyh aku nk perap ayam ngn rempah2 bagai . esok pagi aku nk msk sate goreng . nyum nyum .
mmg btol2 import cher dr johor nyh . hehhe .
tngok balek album2 arwah , jumpe lah gambar-gambar lame aku . 



ni lah kak Nana . tu aku . eee , comel nyewww :D


ta sangka , dari dulu lagi aku dah photogedik . hahha . dah mcm fashion victim da aku . baju bunga2 ngn seluar stripe .. haih =='


kak mira

ibu <3 br="" nbsp="">


ayah . ini lah kaliterakhir aku jumpa ayah sebelum dy pergi buat selamanya .
gambar nyh adalah  pada  Mac 2001 :'(


that's all . kalau ade scene or lagu sedih , dah lme aku letak . tapi , taknk lah spoil kn mood . cool ima . you are stronger that everyone tought :)

12 December 2013

Kije kije

2 Disember 2013 adalah hari yang bersejarah sebab ?? officially , no more school uniform . it means that , aku dah MERDEKA dari alam persekolahan buat kali yang kedua . 

there's a lot of memory and joy that we had been through past few month almost 2 years :D

apa lagi boleh buat . mmg poket kering time tak skolah nyh .. semua org mmg duk sebok cari kije la kan . ye lah , kalau tak kije mmg bole je . tapi bosan tahap dewa lah kalau duduk rumah je .. aku tengok dinding , dinding tengok aku .. naseb tak le ckp je si dinding nyh . kalau bole ckp mesti dy ckp "bile lah ko nyh nk kelua ? bosan dah aku tngok ko kt umah nyh." hahha . itu andaian aku je . serius , mmg bosan . jadi , aku mengambil inisiatif utk bekerja . 
nk kije aku nyh cerewet sikit . hmm , tak lah pandang rendah pada mana2 kije . tapi , aku tak nk kije yang perlu kita berjumpa dgn ramai org . tamsilannya , salesgirl . bukan nye aku tak pernah , pernah kije mcm tu . tapi freelance je lah . tak de lah full time . kalau kilang pun aku tak boleh . tak tau knpa . aku susa nk cari transport . jadi , aku tak nk lah kije yg sampai mlm2 . ye la , anak dara kan .mana elok keluar malam2 .. cewahh . hahha  . 
tak tau lah pulak aku bole teringkut cadangan "someones" nyh .. "awk tak nk kije tadika or taska ke ? jage bdk2 , kan comel" . dgn pantas aku menjwb "uish awk nyh . jge bdk2 ? mmg tak lah " . ending up , aku TERikut pula cdgn tu . kakngah aku beli metro , then nmpak iklan2 kije kosong . dia yg duk excited bce kije kosong tuh . siap tolong bulat2 kan mne yg mcm agak2 adik dy nyh berkenan . 
cubaan pertama hari Isnin , 9.12.2013 , dia memerlukan guru tadika . soalan dia adalah "what is your qualification ?" aku jwblah , sy baru habis STPM . area tempat tinggal , aku jwblah Majidee . Jadi dy suruh dtg hari Selasa then dia suruh masuk kije hari Rabu . boleh? tanpa berlengah lagi , aku jwblah boleh . soalan aku simple je , kije hari ape sampai hari ape dan pkol brape ? kije Isnin sampai Jumaat , Sabtu alternate . so , aku ckp Sabtu nyh aku tak le kije sbb ade hal , so , terus dy ckp . " tak pe , Sabtu nyh awk cuti"
Dalam hati , ALHAMDULILLAH . dpt kije dan planning aku selama setahun tak rosak .. apa planning aku ? nak g jumpa ibu kad Kulim .. rindu sgt2 dah nyh . yg sedih nye , aku bole spend mase ngn ibu sekejap je lah . hujung minggu sahaja . sbb Isnin dah kena kije .sabar lah wahai hati .

11.12.2013
cantikkan tarikh . haa , tu lah tarikh aku start kije . aku di tugaskan menjadi guru kelas bagi murid berumur 4 
tahun (KN-Al-Iman) dan 6 tahun (K2-Al-Hakim) . kak Adah , incharge kelas 5 tahun (K1-Asy-Syahid) . aku di tugaskan utk mengajar BM ngan Fardhu ain . kak adah ajar BI ngn Maths . itu adalah satu cabaran bagi aku . in shaa Allah , ima boleh buat !


tugasan yg aku paling suka , decorate kelas .. ha , kije yg kne conteng2 or menonjolkan kekreatifan diri nyh aku suka . of course lah .dulu aku tak dpt nak amek subjek seni lukes sbb aku amek seni muzik . jadi , sekarang nyh lah nk pulun bkt yg terpendam . hehhe . oke tunggu lah hari2 yg akan dtg . aku harap segalanya berjalan lancar terutama nya bile nk kne handle budak-budak . mengajar tu memegang tanggungjwb yg tinggi . kalau kita nak anak2 kite pandai , mcm tu jugak ngn org laen . jadi kne lah ajar mereka betul2 . budak baru masuk skolah kan , cara pegang pensil pun aku kne ajar . eeee , comel nye bile difikirkan . oke , stop sampai sini . nanti kalau ade cite lagi , aku story2 lagi okeyhh ..  
dharrr ~~

09 December 2013

Karnival Tingkatan 6 Daerah Johor Bahru


 pengalaman pertama menyumbangkan tenaga dlm karnival yang melibatkan aktiviti kurikulum . Mula2 ade la hamba Allah nuh cadangkan name aku utk masuk pertandingan pengucapan awam . aku membebel bole lah confident , bile ade juri .. mak aihh ketaq lutut . dah la sengsorg . mmg aku reject la tugasan nyh .. jadi , aku nyh cepat kesiankan org . yelah kalau aku tak volunteer masuk slh satu pertandingan tu mmg tkde yg akan masuk . masing2 duk pakat malu lah , tak pandai la , ape lah .. jd , aku pilih utk cuba masuk bahas . sbb, bahas ade geng . tak keseorgn . dalam group bahas ade Yana , Malin ,YY dan aku . time mula2 decide tu tak pikir .. bahas nyh bnyak kije dan memerlukan keyakinan diri yg tinggi . nak train cara bercakap , melontarkan hujah , permulaan ayat dan mcm2 lah . ayat nak kne bunga2 . walaupun nk buat konklusi je pun . nak bidas pun ade etika . kne respect yg berhormat , penjaga masa n so on .

tajuk yg kami dpt ialah 
1. kelulusan akademik menentukan kejayaan dalam kerjaya
2. isu tenaga buruh
3. isu globalisasi
4.  isu politik

sorry tak engat tajuk dgn tepat . tapi itu lah isu2 yg diperdebatkan .

tugas/tanggungjwb kitorg
ima : perdana menteri (pihak kerajaan)
malin : ketua pembangkang (pihak pembangkang)
YY: menteri ke2 (pihak kerajaan) /  pembangkang ke2 
yana : menteri ke3 (pihak kerajaan) / pembangkang ke3

kitorang lawan dekat skolah EC . senarai pihak lawan dan character kami

1.SIGS (kerajaan)  vs  EC (pembangkang)  - usul diterima
2. SDJ (kerajaan) vs SIGS (pembangkang) - usul ditolak
3. SIGS (kerajaan) vs SAB (pembangkang) - usul diterima
4. SMKTU (kerajaan) vs SIGS (pembangkang) - usul diterima

kalau tak silap mcm kitorg tempuh 5 kali perdebatan . maaf klo satu tajuk dan satu sekolah tidak dpt nk engat . memory dah low . huhhu
jadi , dlm kesemua perlawanan perdebatan , semua kami menang kecuali yg akhir kami tewas .
it's oke . naib johan for the first time . ade part kelakar tngok kitorg bergaduh time tngh debat . yg best nye , walaupun salah fakta , diri nyh kne tetap confident jeee betul .. siap buat penegasan dgn suara dan lenggok badan . kdg2 ade la dtg perasaan geram masa tngh berdebat tu . tp , kena control ..

mase perlawanan tu , pelajar skolah SAB yg incharge sbgi urusetia . jumpa lah segala kwn2 lama . ade sampai yg aku tak kenal tapi maseh kenal aku siap panggil "eh , hazimah!" bende yg terlintas kat fikiran "ouh , nyh mesti kwn lme sbb pnggil full name . tapi spe dy nyh?" siap bole terlepas dr mulut "kau sape ? aku tak engat." jahat nye mulut nyh . puih puih . biase dy .. rupanya dy jiran lama aku time kat quartes dulu tp aku tak satu skolah rendah ngn dy , jd aku tak berapa nk engat .



ini lah antara Yang Berhormat , penjaga masa ,urusetia dan pembahas SAB serta puteri SIGS . cewah .  dyorg majoriti kwn lame aku . termasok lah photographer yg sdg mengambil gambar nyh . thanks you all. hehhe




nyh la antara kwn2 lame aku dr drjh1 sama kelas .. sweetkan .. first jumpe ngn ridha ayat yg keluar "hai gangster" . jumpe ngn yenny mmg tak ckp . terus jerit then berpelukkan . jumpe aidil mmg bercerita je la . sbb lme gile tak jumpe . last jumpe time darjah 6 . 



alhamdulillah . ini lah hadia jerih perih kitorg :)

08 December 2013

hostel life 2013

tahun 2013 aku masuk asrama semula . mase lower 6 aku tak duduk ostel . kengkonon nye nk try blaja jd outsider la pule .. pegi tusyen bagai .. kepenatannye terasa juga la bile kne kejar bas then tunggu kakak ngn mak blek kije . koko hari rabu petang . mcm sikit culture shocked la . jadi mase upper 6 nk try duduk ostel pule lee . mula2 berbelah bahagi juga nk masok ke tak . ye la tak de geng la konon . lagi pun aku phm situasi dimana budak bwh kurang suka dgn form 6 . sbb aku pun dulu mcm tu jugak .. tapi tak la kurang suka sgt . depends la . konsep nye sng , aku tak kacau kau , kau jgn kacau aku .. 
aku start masuk ostel tahun 2013 pada 3 Mac 2013 . sbb ?? mak kne transfer pegi Kuala Pilah . jadi masuk la aku ke asrama 1 Malaysia nyh . ceyh ceyh , naek taraf . banyak sgt protokol sekarang . dah kne balek sebulan sekali je . mengenangkan budak yg duduk jauh2 cam Perlis , Penang and so on , ktorg yg duduk kt jb nyh pun turutkn juga . tak kesah lah , aku dah besar . hehhe . 
masuk ostel memula ade Prasana dan Vinotha . so , aku ade lah geng nk blaja . ye la , aku nyh tak leyh la blajar sorg2 . nk gossip lagi , nk kacau org lagi . dah jadi habbit . naek je cuti bulan 3 , Vinotha keluar . cuti bulan 6 Prasana pulak keluar . haih . aku je la budak sains satu2 nya kat ostel tu . tapi aku still bole survive .. Yana yg mule2 jd geng aku kat ostel . di ikuti oleh suraya . pastu dua2 keluar .. aku chill je . sbb yg laen pun aku bole masuk kepala lame2 . aku jenis cpt sesuaikan diri . lepas Prasana keluar , aku jd sgt rapat ngn acik
sekarang sistem asrama dah berubah , siap ade aktiviti koko juga . semua f6 masuk renang . memula aku tak nak la . aku nyh pandai berendam je , mane la pandai berenang. best rupa nya g kelas berenang nyh . ha , baju renang adalah satu2 nya baju aku yg paling mahal selepas satu set uniform band . tak pe lah , utk blajar kan , kegunaan mase depan tu .. kalo g kelas renang kitorg dpt keluar . kat tmpt ktorg blajar renang tu ade cafe , jd lepas je berenang tu , pekena teh tarik ngn roti canai manyak sedap ooo .
lama ke lamaan , aku dah terbiasa dgn segala peraturan asrama yg aku sendiri tak suke pun . mase f5 dulu mmg kije ikot kepale je . mne nk ikut rules sgt ..

oke , bermula la pengalaman yg menarik adalah selepas ktorg dpt studyroom sendiri . satu dorm ditutup iaitu dorm kemboja atau 6T . tulah studyroom kitorg . satu2 nya studyroom yg ade loker besar . dah jadi dorm nombor 2 aku . semua brg2 aku kat studyroom . mmg dh tak balek dorm tanjung a.k.a 6A langsung . tido mmg kat lantai la , tak jumpe katel kt studyroom . lame kelamaan maken ramai jd penghuni tetap studyroom . malam2 bole blajar or tido lmbt . tak yah la kacau adik2 yg dh tido nk ketuk2 pintu bagai . bile bangun pagi bole blajar terus tkde la tkot nk turun studyroom kalau tido kat dorm . senang . kadangkala ade la jugak bwk tilam g studyroom then tido berjemaah . aku amek inisiatif baek punye , bwk toto sendiri dari rumah . lagi senang .. penghuni tetap toto aku ialah acik ngn dieba .  
benda yg seronok duduk ostel ialah , segala nya kongsi . tak kesah pun . contohnya kalau ade mak bpk dtg , mesti bwk mknn , ape lagi kenduri la maseng2 . klo lapar , sebut je . confirm , adik2 ke kakak2 ke mesti ade je yg jd suplier. aku bwk cattle , so bole le buat msk meggi ke bubur or buat air . 


tu dia . siap ade sosej tuh . mkn le beramai-ramai sambil tngok movie ujung minggu . klo malam sabtu je mesti dok sebok cari movie , tk kesah thailand ke hantu ke melayu yg penting ade hiburan sambil ade kudap-kudapan. kat studyroom ktorg siap ade pantry. haa , kau hade ??


loker kami . tulah loker wakaf yg menempatkan  semua bantal , toto , selimut klo ade tilam , ngn tilam2 skali ktorg sumbat dlm tu. kreatifkan susunan kami . hehhe

bile sampai idea nak mencari duet tepi atau ade pape event atau ade member2 yg teringin nk mkn shushi .. aku tlg la laksanakan harapan mereka .. bwk la rice cooker , pisau , dan segala bahan2 yg diperlukan utk buat shushi tuu ..



 kdg2 , rice cooker buat hal jugak .. org masak nasi 30 minit , aku msk nasi hampir 2 jam ..



proses meletakkan nasi dan inti sesuka hati diatas seaweed pastu gulungkan atas tikar .


chaaaaggggg , dah siap roll , kite potong ler ikut saiz yg mengikut piawaian . cewahh ayat .. 
kot2 poket kering atau sje nk menambah pendapatan hujung minggu , aku tlg la kawan2 buat shushi tapi dyorg yg jual .. almaklum laa , otak saya bukan otak bisness ..

studyroom tuh dah jadi markas utama f6 . situ la tmpt blajar , mkn , msk , tido dan solat .. suruh turun berjemaah kat surau sikit punye payah .. datang time rajen , mmg rajen betul . selalunya berjemaah kat ostel adalah waktu subuh , maghrib ngn isyak je . zuhur ngn asar solat sendiri . kdg2 tiba waktu rajen kami2 nyh , solat le berjemaah time ptg2 tuh ..




time riadah , ktorg sume suke duk tepi je . bagi chance kat adik2 maen . ceyh , padahal malas nk join dyorg . bukan ape , adik2 je ramai sampai penuh dataran tuh . ktorg nyh nnt tmbh penuh lagi semak pule . jadi waktu riadah kitorg adalah selepas waktu makan . dah pkol 6.30 sampai before maghrib berkumandang la . form6 je padahal , riuh mcm semua budak ostel maen .

konklusinya , duduk ostel nyh seronok kalau kita dpt mengaplikasikan segala masa dan menyesuaikan diri dgn semua org . seronok sgt dpt cipta memori dan pengalaman sebelum menempuhi alam dewasa yg lebih dashyat. 


08 November 2013

bantal mushuk



Kenangan yang ingin dicipta ketika berada di tingkantan enam atas . semua org akan buat baju sebagai kenangan . tapi , keunikan berlaku disini . di mana mereka yg suka emirates nyh merayap pegi DCM . Ternamapk baju yg harganya baru RM3 . Timbul la idea pakat nk beli baju tu then buat bantal . haa , rare tak rare idea tu .. mmg betul2 buat banyak kerja . dah collect duet , g hantar kedai print nama . 


so , that is mine :)

ipam's and imah

bermula la kerja nak mendesign baju masing-masing . pikir punya pikir dapat ler idea nak design gambar saxophone .. saya pecinta tegar terhadap saxophone . hohhoho



cume beli 2 maker yg berwarna pink dan biru gelap . tapi oke la kne ngn baju tu yang warna kelabu ..
serius tak serius muke tu ..haihh..


tidak lupa untuk menjahit setiap tempat yang terbuka sebelum atau selepas design . mcm dua2 lengan then bawah baju tu . tinggalkan bahagian leher je . supaya dpt masukkn kekabu . jahit penuh dgn kesabaran ye .mengaplikasikan ape yg aku pernah belajar masa form3 . haa , jahit la insang pari dari hujung sampai hujung .. bole berjanggut nak tunggu siap jahit . ye laa , konon nak detail halus mulus kemas . itu ler mkn nye .. naek keras tangan nyh asyik tarik benang . tak pe tak pe . hasil puas hati .



seterusnya ialah , carik2 kekabu sampai bnyak dan halus . berkat pertolongan Cik Raihan Ghazali mencarik kekabu . siap semuanya . setiap kali carik confirm la akan ade yg akan terbang2 an .. so setiap kali terbang statement nyh akan keluar "woi , duit woi duet" . setiap bende yg terbang ingatkan kekabu .. si manja , wanie ape sume lagi best . siap bawak bala tentera . panggil semua budak2 form 1 yg free tlg carik kekabu .. penuh studyroom dgn pekerja2 carik kekabu . lepas carik , ape lagi . masukkn lah ke dlm baju yg da siap jahit tu ..


nyh adalah bantal yg kedua . IPAM'S . design burung hantu sbb , dy kan comey . ade org kate mate sy mcm burung hantu . hehhe . taknak nmpak kosong , tules2 la kat kepak dy tuh ..



ini lah hasilnya . part paling susah nak jahit leher . sbb kne tarik betul2 supaya sama . ye la koler baju mane same . depan pendek , belakang kan panjang .




ini hasil yg kedua . saje je tambah kat baju tu button . nmpak la mcm ade paku-paku sikit .



bantal imah lagi besar dari ipam's .  sbb baju tu besar sikit . jadi burung hantu saya lebih kecil dari saxophone itu :)


19 January 2013

15 November 2012

2ne1


Girl group pertama yang aku suka . first lagu yang buatkan aku tertarik ialah GO AWAY . mula2 memang la tk kenal , tetiba la bukak chanel 8TV then tertengok pula dyorg punye documentary . bagi aku dyorg tk gedik tp dyorg giler-giler . setiap lagu yg dibawakan ada kelainan yang tersendiri . sangat laa energetic .. 
2ne1 leader is CL . maknea is Minzy . powerful voice is Park Boom . harmonise voice is Dara .

2ne1 bukan saja berjaya menyampaikan muzik yg cool , dyorg juga menampilkan fashion yang RARE . kalau tngok setiap lagu dyorg akan ada konsep fashion yg tersendiri . 

list lagu-lagu 2ne1 yg ade dlm playlist aku 
kiss , go away , lollipop , i dont care , i am the best , hate u , lonely , hurt , scream , please don't go , don't stop the music , let's go party , dont cry , fire , cant nobody , follow me , last farewell , pretty boy , i love u , clap your hand , i'm busy , ugly , be mine , love is ouch ,  say goodbye , take the world on , love is difficult and like a virgin .

keterujaan aku lagi terserlah bila dengar berita yang 2ne1 nk  buat tour kat Malaysia  . mcm mane aku tau ? hehhe , mase tuh 2ne1 ada buat group chat kat Facebook mase bulan Ogos hari Rabu . tp aku tk ingat tarikh nye .

image
yeaayyyy 2ne1 nk turun Malaysia

 tapii ....
tetiba dpt berita nyh pulaaa 

[2NE1 1st GLOBAL TOUR : NEW EVOLUTION]
Dear BLACKJACK in Malaysia & Indonesia, 
Due to circumstances beyond our control, we regret to announce that the 2NE1 shows originally scheduled for Malaysia & Indonesia had to be cancelled. We sincerely apologize to all our fans in Malaysia & Indonesia and hope that we will be able to play there in the near future. The remaining shows on the tour have not been affected and we thank each and every one of you for your amazing love & support.


betapa hancur nyaa hati aku . nampaknya aku akan buat ape yg Nad buat time BigBang dtg Malaysia . dia baca yassin sbb tk dpt pergi . huhhu .

apa apa punnn ....
 BLACKJACK  ,  NOLJA !!


12 November 2012

surat buat si anak


tak de ape yang lebih menyedihkan apabila melihat ibubapa kita kecewa .
 sesungguhnya , bukan tugas seorang anak untuk mengecewakan ibubapa . tindakan bodoh seorang anak boleh menghancurkan hati ibubapa . sedarkah kita bahawa mereka membesarkan kita bagai mentang minyak yang penuh . tapi , kita membalasnya dengan mencontengkan arang ke muka mereka atau melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah . 
sesungguhnya doa ibu bapa adalah satu KEAJAIBAN . tanpa keredaan ibu bapa , Allah takkan mendengar permintaan kite . mereka akan sentiasa mendoakan yg terbaik untuk anak-anaknya . kerana bagi mereka anak itu satu anugerah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Allah yang boleh membuatkan kehidupan mereka lebih bahagia . ingat tak lagi , siapa yang akan menjaga kita tidak kira senang ataupun susah ? kenapa ada lagi insan-insan yang KEBODOHAN nya terserlah untuk mengecewakan ibubapanyaaa  dan mendambakan KEMURKAAN Allah  . ibu bapa akan sentiasa memaafkan anak-anaknya walau sebesar manapun dosa mereka . setiap apa yang kite lakukan , kita kenalah beringat kerana segalanya akan melibatkan maruah ! bukan maruah kau je yang kena jaga , tapi maruah keluarga terutamanya ibu bapa .. 
jadi lah seorang anak yang baik kerana sekiranya ibu bapa kita meninggal dunia , tahu tak yang mereka akan ditanya oleh malaikat
 "kenapa anak kamu begini?" , "bagaiman kamu mendidik anak kamu? "
dan semestinya mereka akan terseksa di alam sana . segala pengorbanan yang telah mereka lakukan sepanjang hidup mereka untuk melahirkan kita didunia dan membesarkan kita tiada tolok bandingnya . bukan salah ibubapa kalau anak-anak yang telah diberikan ilmu pengetahuan sama ada rohani dan sahsiah yang cukup tapi anak-anak yang tidak tahu nk apply dlm kehidupan mereka . tapi bagi pendapat aku lahkan , KESALAHAN TERBESAR ibubapa adalah melahirkan anak yg sebegitu. kerana mereka tidak pernah menghargai apa yang telah dipinjamkan oleh Allah . segala kebahagiaan , kesenangan , kasih sayang , akal fikiran dan semuanya adalah SIA-SIA . kita memang takkn pernah nampak segala pengorbanan yg dilakukan oleh mereka . 

jadi 
10 Cara Bagaimana Untuk Membahagiakan Ibu Bapa

Jika Mereka Sudah Pergi Baru Kita Menyesal ” Mengapa aku tidak Membantu ibu dan bapa ku semasa mereka Hidup”
SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.

1. Memberi Bantuan Kewangan
Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan Tempat Tinggal
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi Kasih Sayang
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)


4. Memberi Perhatian
Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

5. Memenuhi permintaan
Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medanperang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.”

6. Melakukan apa yang disukai
Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).


Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”
7. Bercakap dengan lemah lembut
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua.. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa.. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.