Jiemaa laa

My photo
normal human that cannot pretend CHUNN . if i act like that , it's not me or i'm drunk :)

02 February 2012

CINTA

Cinta yang memberikan cahaya
“Sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan nabi dan syuhada menginginkan keadaan seperti mereka, kerana kedudukannya disisi Allah. Sahabat bertanya :
“Ya Rasulullah, tolong beritahu kami siapa mereka ? Rasulullah SAW. Menjawab : Mereka adalah satu kaum yang cinta mencintai dengan roh Allah tanpa ada hubungan  persaudara, kerabat diantara mereka serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa tatkala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita tatkala orang lain berduka cita” (H.R. Abu Daud)

Cinta yang menggugurkan dosa
“Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. diampuni dosa mereka berdua, meskipun sebanyak buih dilaut” (H.R. Tabrani)

Cinta yang memberikan keteduhan
“Sesungguhnya Allah SWT  berfirman : “Dimanakah orang yang cinta mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku dihari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku” (H.R. Muslim)

Cinta yang berbalas cinta
“Allah swt berfirman, “pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, saling kunjung mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku” (Hadits Qudsi)

Kerana cinta, dicintai-Nya
“Bahawa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutus malaikat untuk mengekorinya. Tatkala malaikat menemaninya malaikat berkata,
“Kau mahu kemana ?”
Ia menjawab, “Aku ingin mengujungi saudaraku di desa ini”
Malaikat terus bertanya, “Apakah kamu akan memberikan sesuatu pada saudaramu ?”
Ia menjawab, “Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana Allah SWT”
Malaikat berkata, “Sesungguhnya aku diutus Allah kepadamu, bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut kerana-Nya” (H.R. Muslim)
Tiga cinta yang manis
Tiga perkara, bagi siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta kepada seseorang kerana Allah dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakan ke dalam api neraka” (H.R. Bukhari-Muslim)


No comments:

Post a Comment