Jiemaa laa

My photo
normal human that cannot pretend CHUNN . if i act like that , it's not me or i'm drunk :)

12 February 2012

Heartstrings



넌 내게 반했어-You've Fallen For Me( Heartstrings OST)CNBLUE

Powered by mp3skull.com


Heartstrings mengisahkan seorang pemuda kacak bergaya dan handsome lagi cuteLee Shin (Jung Yong Hwa) yang merupakan pelajar universiti dalam bidang muzik moden. Sikapnya yang cool dan paras rupanya yang aumm aumm aumm itu membuatkan dia menjadi kegilaan gadis-gadis di universitinya. Ditambah pula dengan kehebatannya bermain guitar dan merupakan vokalis dalam band "The Stupid". 

Walau bagaimanapun, Lee Shin sangat dingin dan tidak ambil port tentang perkara lain. Dan dia crush gila - gila dengan dance professor di universitinya iaitu, Jung Yoon Soo (So Yi Hyun ). Lee Shin tinggal bersama dengan ibunya dan adik tirinya. 
 

Tetapi, semua ini berubah apabila dia mulai mengenali Lee Gyu Won (Park Shin Hye). Gyu Won merupakan rakan seuniversiti Lee Shin tetapi dia mengambil bidang muzik tradisional, gayageom. Dia merupakan cucu kepada ahli muzik tradisional, Lee Dong Gun. Gyu Won tinggal bersama dengan datuknya. Manakala ayahnya, telah dihalau keluar oleh datuknya kerana berbeza pendapat dalam bidang muzik. 

 

Pada mulanya, hubungan Lee Shin dan Gyu Won agak dingin. Tetapi semakin berbunga-bunga dan over the rainbow selepas kedua-duanya terpilih untuk menyertai concert muzikal di universiti mereka. Bibit cinta mula termetrai. 

 

Director terkenal iaitu ,b>Kim Suk Hyun (Song Chang Ui) tertarik dengan bakat Gyu Won yang mampu menyanyi dengan sangat baik dan menyentuh hati para penonton. Oleh sebab itu, dia bertegas untuk mengambil Gyu Won dalam menyertai persembahan muzikal mereka. Director Kim merupakan kekasih lama Professor Jung Yoon Soo. Atas sebab konflik masa lampau, mereka agak tidak sependapat. Tetapi, selepas beberapa ketika, bunga - bunga cinta kembali lagi. 

 
Han Hee joo (Woo Ri) merupakan anak kepada pengarah universiti. Hee Joo boleh dikatakan watak separa antagonis. Dia sebenarnya baik, innocent, dan berbakat. Tetapi disebabkan ibunya yang sangat mendesak dan menaruh harapan tinggi terhadapanya untuk menjadi watak utama dalam concert muzikal tersebut, dia menjadi agak sedikit jahat. Tapi dia baik. dan sangat comel. Diganding pula dengan Yeo Joon Hee (Kang Min Hyuk) yang sangat comel dan kuat makan. Joon Hee adalah drummer band "The Stupid". Dan dia sangat menaruh hati pada Hee Joo. 

 

Terdapat banyak masalah yang telah ditimbulkan oleh ibu Hee Joo yang berkomplot dengan Im Tae Joon iaitu ketua di universiti tersebut di mana dia sangat dengki terhadap Director Kim. Nak ditambahkan pening kepala dalam k-drama ini, ibu Lee Shin merupakan first love bapa Gyu Won. 

Jom lah tengok sesama. Bende yg paling aku suka dlm cerita nyh ialah soudtrack dy . cool beb . abis semua soundtrack dy aku download . best2 . seronok kalau dapat combine muzik tradisional ngn muzik modern . try la dengar The Stupid gabung ngn Windflower 
|
|
V
The Stupid & The Invicible Windflower - Carmen Fantasy  - Heartstrings -넌 내게 반했어-

Powered by mp3skull.com




No comments:

Post a Comment